take it or explode it

Wednesday, January 11, 2012

Why are problems regarding Domestic Violence hidden?

11:24 PM Posted by Lily Rofil No comments

Domestic Violence. Readers, this topic seems a bit heavy. But you cannot avoid it because it exists in our daily life without we realising it. I have been studying Domestic Violence two times so far. Once when I was attending Gender and NGO class, and once when I am back to study Introduction to Gender Studies. So, do you ever see by your own eyes domestic violence happens in your family or your relatives'? If you say No I will tell you why you do not see it. Yeah, it is because it's hidden. Why it is hidden? read more here...

Menurut Miranda Davis (1994), terma domestic violence atau keganasan dalam rumahtangga digunakan untuk menjelaskan pelbagai tindakan dan kelalaian yang terjadi dalam sebuah hubungan. Terma tersebut terhad kepada tindakan serangan fizikal juga keganasan seksual meliputi pemukulan, pencekikan, penyimbahan air rebusan atau asid, pembakaran yang mungkin dapat menyebabkan luka atau kematian. Kekerapan dan tahap keterukkan boleh bermula daripada peringkat kecil/jarang kepada peringkat sering dan paling teruk.

Davis juga mengatakan bahawa terma ‘keganasan rumahtangga’ digunakan oleh beberapa orang untuk menjelaskan keganasan mental atau psikologikal yang berupa gangguan verbal, gangguan seksual, pengurungan, serta penghilangan fizikal, kewangan, dan sumber-sumber pribadi. Penghalangan seseorang (isteri, suami, atau anak) daripada keluarga dan temannya juga merupakan bentuk keganasan rumahtangga. Keganasan rumahtangga ini sering terjadi kepada isteri atau anak perempuan. Oleh sebab itu terdapat juga pendapat sesetengah pihak yang memasukkan keganasan rumahtangga sebagai kekerasan terhadap wanita.

Apa yang menghawatirkan adalah, keganasan rumahtangga biasanya merupakan masalah tersembunyi. Penyelidikan mengenai keganasan rumahtangga sendiri baru bermula sejak 25 tahun yang lalu di beberapa negara seperti Eropah, Amerika Selatan, Australia, dan New Zeland. Namun seiring perkembangannya, UNIFEM melalui koleksi esei terbitan terbaru menyimpulkan bahawa penyelidikan ke atas keganasan rumahtangga sudah mulai dilakukan di pelbagai daerah di negara-negara berkembang.

Wanita biasanya menjadi mangsa keganasan rumahtangga dan lelaki sebagai pelaku tetapi tidak jelas wanita dan lelaki yang bagaimana biasanya terlibat dalam kes keganasan dalam rumahtangga. Selain itu, kejadian keganasan dalam rumahtangga juga sukar untuk ditafsirkan. Masyarakat biasanya menafikan adanya keganasan rumahtangga kerana takut melaporkannya dengan alasan untuk menjaga keutuhan rumahtangga dan akibatnya, statistik rasmi mengenai kes tersebut kekal sedikit. Statistik mengenai keganasan rumahtangga biasanya didapat daripada laporan dan rekod yang diterima polis, rumah kebajikan, dan hospital. Statistik tersebut setidaknya menunjukkan bahawa keganasan terhadap wanita dalam rumahtangga benar-benar wujud.

Selain itu, mangsa biasanya baru melaporkan jika sudah diganasi secara teruk. Mereka takut melapor kerana malu dan takut ancaman suaminya serta untuk menjaga kesetiaan keluarga. Juga, laporan wanita yang mengalami keganasan rumahtangga dianggap remeh-temeh oleh polis. Meskipun laporan tersebut mungkin boleh menjadi data penting bagi kes-kes keganasan wanita dalam rumah, statistik jenayah sering kali gagal mengesan jantina mangsa dan penyerang. Akibatnya, penyerangan ke atas isteri tidak dibezakan dengan bentuk penyerangan-penyerangan yang lain dan pada akhirnya penyerangan ke atas wanita menjadi tidak tampak (invisible).

Tindakan wanita yang tidak melaporkan kes keganasan yang menimpanya mungkin juga disebabkan kurangnya rasa percaya diri. Sebahagian daripada mereka menganggap keganasan yang mereka terima, seperti penamparan dan penolakkan, sebagai kurang cukup penting untuk dikategorikan sebagai keganasan rumahtangga.
Kajian lain mendapati, medium laporan yang sering digunakan adalah menerusi panggilan telefon. Oleh sebab itu, pengesanan statistik keganasan rumahtangga terhad kepada wanita yng memiliki akses kepada telefon sahaja. Wanita yang berasal daripada etnik minoriti atau dari daerah terpencil kurang mendapat perhatian. Kajian lain terhadap pasangan yang menjalani kehidupan bersama sebelum kahwin (cohabiting) juga mendapati wanita tidak dapat menunjukkan kesan keganasan setelah hubungannya berakhir sehingga tidak berani melaporkannya.

Kesimpulannya, kewujudan keganasan dalam rumah yang sebenar tidak dapat diketahui secara tepat, tetapi ianya jelas bahawa keganasan tersebut wujud dalam masyarakat dinamik sama ada di negara maju ataupun di negara berkembang. Keganasan juga berlaku di mana-mana kelas sosial. Penyelidikan mendapati bahawa wanita dibunuh, diganasi secara fizikal dan psikologikal, diancam dan dipermainkan di dalam rumah mereka oleh orang yang mereka percaya. Sayangnya, masalah tersebut tidak tampak atau tersembunyi daripada publik disebabkan oleh beberapa faktor yang dialami oleh wanita itu sendiri.

0 comments:

Post a Comment