take it or explode it

Wednesday, January 11, 2012

Mengelak seksisme dalam penyelidikan (How to avoid sexism in research)

11:50 PM Posted by Lily Rofil , , No comments
Seksisme atau sexism sering dijumpai dalam kebanyakan kajian. Seksisme itu sendiri merujuk kepada kepercayaan dan tingkah laku yang mengistimewakan lelaki daripada wanita (http://www.glbtq.com/social-sciences/sexism.html). Seksisme ini dimaksudkan sebagai mekanisme yang memastikan wanita tetap pada peranan subordinasi di mana nilai yang mengidentifikasikan wanita cenderung dikritik. Secara amnya, seksisme diertikan sebagai diskriminasi berdasarkan jantina tertentu.

Sebelum kita membincangkan bagaimana mengelak daripada seksisme dalam penyelidikan, terlebih dahulu kita harus mengenal pasti tujuh permasalahan seksisme dalam penyelidikan. Ketujuh permasalahan tersebut ialah penumpuhan kepada lelaki (androcentricity), generalisasi/pengkhususan berlebihan (overgeneralization/overspecificity), ketidakpekaan gender (gender insensitivity), piawaian berganda (double standards), kesesuaian jantina (sex appropriateness), familisme/kekeluargaan (familism) dan dikotomi jantina (sexual dichotomism).

Penumpuhan kepada lelaki bermaksud melihat dunia hanya daripada perspektif lelaki (Eichler, 1991). Ertinya, segala fenomena dalam dunia sains dan sains sosial hanya dinilai berdasarkan pandangan lelaki sahaja. Ini merupakan sesuatu yang tidak tepat untuk diaplikasikan dalam penyelidikan atau kajian. Penyelidikan yang baik ialah penyelidikan yang tidak bias atau tidak berat sebelah. Oleh sebab itu pengalaman wanita juga perlu diambil kira sama seperti ketika Seksisme atau sexism sering dijumpai dalam kebanyakan kajian. Seksisme itu sendiri merujuk kepada kepercayaan dan tingkah laku yang mengistimewakan lelaki daripada wanita (http://www.glbtq.com/social-sciences/sexism.html). Seksisme ini dimaksudkan sebagai mekanisme yang memastikan wanita tetap pada peranan subordinasi di mana nilai yang mengidentifikasikan wanita cenderung dikritik. Secara amnya, seksisme diertikan sebagai diskriminasi berdasarkan jantina tertentu.

Sebelum kita membincangkan bagaimana mengelak daripada seksisme dalam penyelidikan, terlebih dahulu kita harus mengenal pasti tujuh permasalahan seksisme dalam penyelidikan. Ketujuh permasalahan tersebut ialah penumpuhan kepada lelaki (androcentricity), generalisasi/pengkhususan berlebihan (overgeneralization/overspecificity), ketidakpekaan gender (gender insensitivity), piawaian berganda (double standards), kesesuaian jantina (sex appropriateness), familisme/kekeluargaan (familism) dan dikotomi jantina (sexual dichotomism).

Penumpuhan kepada lelaki bermaksud melihat dunia hanya daripada perspektif lelaki (Eichler, 1991). Ertinya, segala fenomena dalam dunia sains dan sains sosial hanya dinilai berdasarkan pandangan lelaki sahaja. Ini merupakan sesuatu yang tidak tepat untuk diaplikasikan dalam penyelidikan atau kajian. Penyelidikan yang baik ialah penyelidikan yang tidak bias atau tidak berat sebelah. Oleh sebab itu pengalaman wanita juga perlu diambil kira sama seperti ketika mengambil kira pengalaman lelaki.

Masalah kedua iaitu generalisasi atau pengkhususan yang berlebihan. Maksud daripada generalisasi berlebihan ialah jika suatu kajian fokus kepada satu jantina sahaja tetapi dijelaskan untuk menerangkan kedua-dua jantina. Contohnya, kajian terhadap tugas penjagaan anak di mana kebanyakan kes penjagaan anak dilakukan oleh ibu tetapi pengkaji sentiasa menggeneralisasikannya sebagai tugas ibu-bapa, sedangkan pada kenyataannya kehadiran bapa dalam tugas penjagaan anak adalah kurang. Pengkhususan berlebihan pula bermaksud penggunaan terma satu jantina sahaja untuk mewakili kedua-dua jantina. Contoh kes overspecificity sering dijumpai dalam penggunaan bahasa seksis seperti penggunaan kata “man” (lelaki) untuk mewakili terma “orang/person” yang sebenarnya merujuk kepada lelaki dan wanita.

Selanjutnya, masalah ketidakpekaan gender, iaitu pengabaian gender sebagai satu unit analisis kajian. Masalah ketidakpekaan gender saling bertindih dengan masalah generalisasi atau pengkhususan berlebihan. Jika generalisasi dan pengkhususan berlebihan sangat fokus pada perbezaan jantina/gender walaupun penggunaannya salah, masalah ketidakpekaan gender langsung tidak mengambil kira perbezaan gender. Masalah ini dapat dijumpai dalam kes pembentukan polisi-polisi yang tidak mengambil kira perbezaan pengalaman lelaki dan perempuan yang mungkin membawa kesan yang berbeza pula pada kedua-dua jantina tersebut.

Masalah keempat iaitu piawaian berganda yang membawa maksud menentukan hasil kajian atau membuat kesimpulan berdasarkan dua piawaian: piawaian lelaki dan piawaian wanita. Seperti yang kita ketahui lelaki dan wanita memiliki ciri-ciri fizikal dan psikologikal berbeza. Dalam kajian yang mengandungi piawaian berganda biasanya menggunakan ciri-ciri tersebut untuk membezakan lelaki dan wanita. Namun hasil akhirnya atau pada kesimpulannya sering kali hanya memihak pada satu piawaian sahaja, iaitu berdasarkan ciri-ciri yang dimiliki lelaki. Contohnya, penentuan perbezaan status lelaki dan wanita di mana status lelaki ditentukan oleh pencapaiannya dalam masyarakat manakala status wanita ditentukan secara semula jadi mengikut proses kedewasaan yang diwarisi daripada ibunya. Kemudian sebagai kesimpulan status lelaki dianggap lebih tinggi kerana “pencapaian” dianggap lebih bernilai berbanding “mewarisi”.

Masalah selanjutnya iaitu kesesuain jantina yang merupakan contoh spesifik daripada piawaian berganda. Kesesuaian jantina bermaksud pembentukan ciri-ciri sosial yang berbeza antara lelaki dan wanita. Sebagai contoh, pembahagian peranan jantina antara lelaki dan wanita di mana lelaki dianggap sesuai dengan kerja di ruang publik sedangkan wanita dianggap sesuai dengan kerja domestik.

Masalah keenam iaitu kekeluargaan di mana keluarga di anggap sebagai unit analisis terkecil. Pada kenyataanya, keluarga terdiri daripada ahli dengan jantina berlainan sehingga pengalaman setiap ahli keluarga juga berbeza. Namun dalam kajian yang seksis seringkali menganggap kepala keluarga, iaitu bapa (lelaki) dapat mewakili pengalaman dan kepentingan seluruh ahli keluarga.

Terakhir, iaitu masalah dikotomi jantina yang merupakan pengkhususan daripada piawaian berganda. Dikotomi jantina ialah pembezaan ciri-ciri sosial dan biological antara lelaki dan wanita dan mengabaikan ciri-ciri bertindih yang ada pada kedua-dua jantina. Sebagai contoh, lelaki dianggap rasional sedangkan wanita emosional. Pada kenyataanya, lelaki juga mempunyai ciri emosional dan wanita juga mampu mendahulukan rasionalitinya.

Setelah mengetahui permasalahan seksisme seperti yang disebutkan di atas, dapat dirumuskan panduan bagaimana mengelakkan diri daripada seksisme dalam penyelidikan. Yang pertama, penyelidik memerlukan pengetahuan yang luas. Pengetahuan yang luas dapat membantu penyelidik memahami secara mendalam bidang kajian sehingga kritikan dan pendapat penyelidik tidak terhad kepada fakta-fakta objektif yang memihak lelaki sahaja. Seperti yang kita ketahui bahawa ilmu pengetahuan awal dicipta oleh lelaki (phallocentric knowledge-making) sehingga fakta yang dicipta memihak pada kepentingan lelaki (Leed, 1991). Penyelidik dapat mengelak daripada fakta seksis sekiranya dia membaca tulisan feminis dan memerhatikan penemuan-penemuan baru dalam bidang sains sosial yang lebih peka gender.

Yang kedua ialah mengelak penggunaan bahasa seksis dalam penulisan laporan hasil penyelidikan. Ini dapat dilakukan dengan cara mengenal pasti subjek kajian kita sama ada spesifik kepada salah satu jantina sahaja atau bersifat umum yang melibatkan kedua-dua jantina. Jika subjek kajian memang difokuskan kepada satu jantina sahaja, maka terma yang digunakan untuk menjelaskannya harus spesifik kepada satu jantina sahaja. Sebagai contoh, dalam kajian tentang blogging yang saya lakukan, untuk menjelaskan amalan penulisan blog yang dilakukan oleh wanita, maka saya harus menggunakan terma “penulis blog wanita” (female bloggers) daripada “penulis blog” (bloggers). Sebaliknya, jika kajian dilakukan kepada subjek yang lebih umum, maka terma yang digunakan juga harus terma-terma umum dan bukan terma khusus pada satu jantina sahaja. Sebagai contoh penggunaan “she/he”, “s/he”, “they”, dan “one”, daripada penggunaan “he” untuk menerangkan “someone/person/people”, penggunaan “chairpersons” daripada “chairmen”, penggunaan “police officers” daripada “policemen”, dan lain sebagainya.

Selain penggunaan terma tepat bagi mewakili terma umum atau terma khusus, perlu dielakkan juga penggunaan terma non-parallel untuk menjelaskan situasi parallel atau sejajar. Sebagai contoh, “a man and his wife” menunjukkan bahawa wanita lebih dirujuk pada statusnya yang berkaitan dengan suaminya (lelaki) padahal dia boleh menggunakan statusnya sendiri. Untuk itu terma yang tepat ialah “a man and a woman”, “a couple”, atau “a husband and a wife”.

Suatu penyelidikan juga perlu seimbang di mana konsep dan rujukan yang digunakan harus mengambil kira pengalaman daripada perspektif lelaki dan wanita. Jika hanya mengambil pengalaman lelaki atau wanita sahaja maka tajuk atau skop kajian perlu dispesifikkan kepada salah satu jantina sahaja. Sebagai contoh, penyelidikan dilakukan ke atas amalan pertontonan filem dewasa di kalangan pelajar sekolah lelaki di Lembah Klang, sepatutnya diberi tajuk “Amalan pertontonan filem dewasa di kalangan pelajar lelaki di Lembah Klang” dan bukan “Amalan pertontonan filem dewasa di kalangan pelajar sekolah di Lembah Klang”. Ini demikian kerana yang dijadikan subjek adalah lelaki sehingga pengalaman yang diambil kira juga pengalaman lelaki sahaja dan tidak dapat mewakili pengalaman perempuan.

Selanjutnya, untuk mengelakkan penggunaan piawaian berganda, penyelidik perlu mengenal pasti konsep kajian sama ada digunakan untuk mewakili dua jantina tetapi diperlakukan secara berbeza berdasarkan perbezaan jantina atau tidak. Jika konsep kajian sedemikian, penyelidik perlu membuat konsep baru yang mengakategorikan lelaki dan wanita sama jika mereka menunjukkan kualiti atau karakter sama. Contohnya, kesimpulan bahawa lelaki dan wanita berstatus tinggi dalam masyarakat jika mampu menyeimbangkan kepentingan antara ruang domestik dan publik, dan bukan hanya ditentukan daripada pencapaian di ruang publik sahaja.

Untuk mengelakkan daripada penggunaan kesesuaian jantina pula, suatu penyelidikan harus memberikan deskripsi mengenai peranan atau identiti gender tertentu berdasarkan kajian empirik dan bukan berdasarkan asumsi stereotaip semata-mata. Ertinya, jika penyelidik ingin menjelaskan perbezaan peranan jantina, dia perlu mengkaji fenomena sosial berkaitan dengan topik tersebut sesuai dengan keadaan sebenar berdasarkan tahun atau zaman ketika penyelidikan dilakukan. Penyelidik tidak boleh menggunakan pengetahuan yang stereotaip mengenai hal tersebut.

Selanjutnya, untuk mengelak daripada penggunaan konsep familisme, penyelidik perlu mengenal pasti tingkah laku, ciri dan kebendaan yang dimiliki masing-masing individu. Ini kerana setiap individu adalah unik atau tidak sama sehingga kepentingan dan pengalamannya tidak boleh diwakilkan oleh individu lain.

Bagi mengelak konsep dikotomi jantina pula, penyelidik perlu mengenal pasti karakter dan kapasiti manusia secara umum daripada menggolong-golongkan ciri-ciri berdasarkan jantina. Ini kerana manusia memiliki ciri tertentu yang sama terlepas daripada perbezaan jantina yang ada pada mereka.

Kesimpulannya, seksisme sering wujud dalam penyelidikan. Seksisme dapat berupa androcentriciti, genelarisasi atau spesifikasi berbelihan, ketidakpekaan gender, kesesuaian gender, familisme dan dikotomi jantina. Untuk mengelak daripada seksisme, penyelidik perlu memiliki pengetahuan luas sehingga mampu mengenal pasti subjek kajian sama ada khusus kepada satu jantina sahaja atau melibatkan kedua-dua jantina. Penyelidik juga perlu mengelak penggunaan bahasa seksis. Terakhir, penyelidik perlu mengenal pasti ciri-ciri khusus masing-masing jantina dan ciri-ciri manusia secara umum sehingga penyelidik mampu membezakan pengalaman dan perspektif berlainan antara lelaki dan wanita.

 mengambil kira pengalaman lelaki.

0 comments:

Post a Comment