take it or explode it

Wednesday, January 11, 2012

Apakah patriaki ditentukan oleh faktor biologikal?

10:55 PM Posted by Lily Rofil 1 comment

Is patriarchy determined by biological factors? I give you the answer in Malay Language. There is no correct or wrong answer here. It's simply my opinion based on some articles that I refer to. Actually I wrote this article for my Gender Studies' assignment. Then I feel you deserve to know, that's why I post it here. Have a good time to read it :)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSi5K5eu8WB28GLuXZ3uT4oBMHknz_FujjJI7Z_CHYbene9zslyVzp16hSwJrg2KV4PFlTo_LyKVkdsbWUcKS4Pv11bZlltCIMCZh2zTyNNgsTAC_8wGPoSK9_ZRAhvvMpTsKDFx08vw/s320/smashpatriarchy.jpg

Patriarki berasal daripada perkataan “patriarch” yang bererti peraturan atau pemerintahan ayah, serta digunakan untuk mendiskripsikan istilah “keluarga dominasi lelaki” (Kamla Bhasin, 1994). Yang dimaksud sebagai “keluarga dominasi lelaki” ialah satu unit rumah tangga berdasarkan sistem “patriarch” yang mengandungi wanita, lelaki muda, kanak-kanak dan orang gaji di bawah kuasa dominan lelaki. Secara amnya, patriarki dapat didefinasikan sebagai konteks pemerintahan di bawah kuasa dominasi lelaki dalam rumahtangga. Namun patriarki tidak wujud dalam ruangan rumahtangga sahaja, tetapi juga membawa implikasi kepada kehidupan bermasyarakat. Seperti yang dijelaskan oleh Sylvia Walby dalam bukunya Theorizing Patriarchy (1990), bahawa patriarki merupakan suatu sistem sosial dan amalan-amalan yang meletakkan lelaki dalam posisi mendominasi, menindas, dan mengeksploitasi wanita serta meletakkan wanita di bawah subordinasi mereka.

Sistem patriarki wujud dalam banyak masyarakat di dunia. Sistem patriarki antara satu masyarakat dengan masyarakat lainnya adalah berlainan. Dalam sesebuah masyarakat, implikasi patriarki mungkin berbeza disebabkan perbezaan kelas, kaum dan tingkat pendapatan. Oleh sebab sifatnya yang tidak universal, patriarki tidak terbentuk secara semulajadi/natural. Telah menjadi perdebatan sejak lama samada patriarki ditentukan secara biologi atau tidak. Ada beberapa pandangan yang menyokong bahawa patriarki ditentukan secara biologi, tetapi ada pula yang mengatakan patriarki tidak ditentukan secara biologi.

Antara yang menyokong ialah golongan traditionalist. Menurut Gerda Lerner (1986), golongan tradisionalis menganggap subordinasi wanita sebagai universal, pemberian Tuhan, atau semulajadi dan sebab itu tidak dapat diubah. Oleh sebab itu patriarki dianggap semulajadi. Lerner menyimpulkan bahawa pandangan tradisionalis dipengaruhi oleh terma agama yang mengatakan wanita di bawah subordinasi lelaki disebabkan mereka tercipta sedemikian sehingga membawa konsekuensi peranan dan tugas yang berbeza antara lelaki dan wanita. Selain itu, kebanyakan masyarakat mempercayai “pembahagian kerja” berdasarkan perbezaan biologikal yang ketara antara kedua jantina. Disebabkan fungsi biologikal yang berbeza antara lelaki dan wanita, peranan dan tugas sosialnya pun pasti “semulajadi” berbeza. Wanita melahirkan anak, oleh sebab itu tujuan hidup wanita yang utama ialah hanya menjadi ibu dengan tugas utama menjaga dan mengasuh anak. Manakala lelaki pula dianggap kuat secara fizikal sehingga sesuai menjadi pemburu dan penyedia. Penentuan biologikal inilah yang membawa kepercayaan bahawa lelaki dilahirkan sebagai “ketua”.

Golongan feminis radikal juga sependapat dengan golongan tradisionalis. Namun golongan ini tidak mengatakan patriarki sebagai semulajadi. Feminis radikal berpendapat perbezaan biologikal dan psikologikal antara wanita dan lelaki menyebabkan perbezaan peranan gender antara kedua jantina tersebut. Shulamith Firestone, seorang feminis radikal, mengatakan wanita ditindas kerana kapasiti reproduktifnya yang sejauh ini dikawal oleh lelaki. Menurut feminis radikal juga, terdapat dua sistem kelas sosial: sistem kelas ekonomi yang berdasarkan faktor produksi dan sistem kelas jantina yang berdasarkan faktor reproduksi. Sistem kelas jantina dianggap sebagai penyebab wujudnya sistem patriaki di mana lelaki merasa dirinya memiliki kawalan kapasiti reproduktif wanita. Oleh sebab itu, wanita menjadi bergantung kepada lelaki secara fizikal dan psikologikal.

Seorang feminis radikal lainnya, Susan Brownmiller (1976), mempunyai pandangan bahawa patriarki dipengaruhi bukan oleh faktor biologi wanita tetapi faktor biologi lelaki. Lelaki mampu menguasai wanita kerana mereka mempunyai kapasiti untuk “merogol” wanita. kapasiti inilah yang digunakan lelaki untuk mendominasi, mengintimidasi dan mengawal wanita.

Golongan yang tidak berpendapat bahawa patriarki ditentukan secara biologi iaitu golongan Marxist. Sarjananya, Frederick Engels (1884), percaya subordinasi wanita bermula dengan pengembangan harta persendirian. Engels mengatakan pembahagian kelas dan subordinasi wanita terbentuk secara bersejarah. Pada awal terbentuknya peradaban (civilization), terdapatnya persaingan antara lelaki sehingga membawa kepada pembahagian harta dan hamba (slave). Disebabkan lelaki yang mengumpul harta, wanita tidak berhak memiliki harta dan kerananya wanita bergantung sepenuhnya kepada lelaki. Ianya menjadi punca lelaki mengawal wanita dan seterusnya wujud subordinasi wanita yang membawa kepada penentuan sistem patriarki.

Walaupun terdapat beberapa pandangan mengenai isu ini, saya lebih bersetuju dengan golongan traditionalist dan feminis radikal. Untuk alasannya, saya lebih menyokong feminis radikal sebab pada kenyataannya, faktor fizikal (biologikal) wanita sering dijadikan alasan mengapa mereka ditindas oleh golongan yang mengatasnamakan lelaki-adalah-pemimpin, iaitu anggota masyarakat patriarki.

So, what I conclude here is that patriarchy is socio-constructed, but yet, it's determined by biological factors.

*Pic from Google

1 comment:

  1. Baca artikel ini: http://news.ferisulianta.com/2017/10/patriarki-menindas-wanita-ini-faktanya.html

    ReplyDelete