Seseorang
individu tidak hanya memiliki satu terma atau perkataan yang mewakili
identitinya. Identiti seseorang biasanya berlapis-lapis. Maksudnya adalah
bahawa sesorang itu tidak akan membawa satu identiti sahaja, tetapi membawa
banyak identiti berdasarkan jantina, gender, umur, kelas, etnik, dan tahap
keupayaan. Hal inilah yang dinamakan sebagai konsep pertindihan identiti (intersectional
identity). Kimberle Crenshaw (1989) mendifinisikan pertindihan identiti
sebagai keperluan mengenal banyak helaian (strand) yang membentuk identiti
sesorang. Crenshaw mengambil contoh wanita berkulit hitam di Amerika dilihat
memenuhi konsep pertindihan identiti dari segi jantina (sexism), iaitu
wanita dan kaum (racism), iaitu berkulit gelap.
Konsep
pertindihan identiti sendiri mula dikenal sejak akhir 1960-an dan awal 1970-an
bersamaan dengan adanya pergerakan feminis daripada pelbagai kaum. Ianya
bermula daripada penentangan sesetengah feminis terhadap pandangan bahawa
“gender” sebagai satu-satunya faktor yang melahirkan penindasan terhadap
wanita. Pergerakan tersebut dilakukan oleh wanita berkulit bukan putih (women
of color) yang mengemukakan idea bahawa pengalaman wanita tidak semestinya
sama. Bentuk penindasan yang dialami oleh wanita berkulit putih daripada kelas
pertengahan tidak sama dengan penindasan yang dialami wanita berkulit hitam,
wanita miskin dan wanita yang ada kekurang-upayaan. Pergerakan tersebut meminta
feminis (yang kebanyakan berjuang untuk kaum putih sahaja) untuk melihat
gender, kaum, kelas, tahap keupayaan/kekurang-upayaan sebagai kombinasi yang
menentukan nasib/identiti seseorang, terutamanya wanita.
Selain
gender, kaum, etnik, kelas, dan tahap keupayaan, identiti seseorang juga
berkaitan dengan identiti politik. Identiti politik merujuk kepada proses
pengiktirafan kumpulan yang terisolasi, secara sosial dan sistematik (Crenshaw,
1989). Di Amerika misalnya, kaum African-Americans, kaum berkulit
bukan putih, kaum gay dan lesbian adalah antara kumpulan yang mendapat sumber
kekuatan, komuniti dan pembangunan intelektual melalui identiti politik.
Penerimaan identiti politik bagaimanapun telah menimbulkan ketegangan dalam
konsepsi keadilan sosial. Identiti gender, kaum dan lain sebagainya sering
dilayan secara bias dalam perbincangan wacana liberal arus perdana. Ianya
menimbulkan pandangan negatif dalam kuasa sosial yang meminggirkan mereka yang
berbeza.
0 comments:
Post a Comment