take it or explode it

Wednesday, January 11, 2012

Persepsi tentang definisi Gender

10:44 PM Posted by Lily Rofil No comments
What comes at your mind if you are asked about the definition of "gender"? I am sure many of you are still confused between the definition of gender and the definition of sex? Thus, I write this article for you.


Terdapat tiga pandangan mengenai perhubungan jantina dan gender. Pertama, golongan feminis menganggap jantina terbentuk secara biologikal dan gender terbentuk berdasarkan konstruksi sosial, di mana konstruksi sosial yang membentuk ‘gender’ berdasarkan sifat fisiologikal yang terhasil secara biologikal. Kedua, pandangan essentialisme biologikal yang tidak membezakan jantina dan gender disebabkan sifat-sifat kewanitaan dan kelelakian terhasil secara biologikal. Pandangan ketiga oleh konstruktivis yang melihat jantina dan gender sebagai sesuatu yang sama, di mana pemahaman jantina dianggap sebagai konstruksi sosial.

Pandangan golongan feminis menganggap gender sebagai konstruksi sosio-budaya berdasarkan faktor biologi adalah lebih masuk akal. Alasannya iaitu tingkah laku manusia terbentuk secara budaya berdasarkan interpretasi terhadap konstitusi biologikal yang ada pada mereka. Manusia mempunyai kapasiti untuk menterjemah dan merubah konstitusi biologikal mereka untuk mengatur tingkah laku mereka melalui mediasi simbolik, seperti bahasa (Michelle Rosaldo, 1974). Bahasa merupakan alat budaya, sehingga dapat diertikan melalui budaya manusia dapat membentuk tingkah laku mereka sesuai dengan konstitusi biologikal yang ada. Seperti yang ditekankan oleh Greertz (1962), sistem pusat saraf manusia tidak berhubung secara sempurna dengan cara manusia bertindak dalam batasan corak autogeneous sahaja, tetapi boleh menentukan tingkah laku.  Ia bermakna aktiviti dan perasaan manusia diuruskan secara tidak langsung oleh faktor biologi tetapi melalui interaksi kecenderungan berkelakuan secara biologikal dan ekspektasi, rancangan serta simbol budaya-spesifik yang meng-koordinasi tingkah laku kita. Implikasi ini membawa kepada pandangan bahawa perbezaan biologi antara lelaki dan wanita tidak mustahak membawa implikasi sosial dan tingkah laku manusia, tetapi sebenarnya tingkah laku lelaki dan wanita itu ditentukan oleh interpretasi biologi yang bercampur dengan ragam budaya kehidupan. Hal ini bermakana, definasi, peranan serta konstruksi gender merupakan implikasi sosial-budaya yang berdasarkan kepada factor biologi.

Alasan kedua, terdapatnya fakta-fakta biologikal yang digunakan untuk merendahkan status wanita dalam masyarakat. Menurut ahli falsafah seperti Aristotle, wanita ialah lelaki yang cacat ‘a defective man’. Alat reproduksi wanita hanya dianggap sebagai pasu bunga tempat untuk menanam benih lelaki (Whitbek, 1976). Wanita dianggap kurang panas sehingga tidak aggresif dan dikuasai oleh lelaki. Oleh sebab ketidakagresifan wanita ini, lelaki lebih mendominasi semua aktiviti utama dalam masyarakat. Dan oleh sebab itu pula, kedudukan wanita dalam masyarakat adalah inferior berbanding lelaki. Pandangan lain pula datang daripada seorang positivist, Herbert Spencer, yang mengatakan bahawa wanita patut dinafikan haknya untuk peluang pekerjaan kerana otak mereka kecil dan badan mereka lemah. Daripada pandangan ini nampak bahawa sifat biologi digunakan untuk menentukan peranan gender sehingga dapat disimpulkan bahawa konstruksi gender tersebut juga melihat kepada faktor biologi manusia.

Alasan ketiga, adanya anggapan teori tradisional bahawa lelaki adalah rasional manakala wanita emosional. Disebabkan hormon yang berbeza antara wanita dan lelaki, membuatkan lelaki dan wanita memiliki tahap rasional dan emosional yang berbeza. Menurut Aristotle, lelaki melakukan peranan gender melalui aktiviti mereka yang berkaitan dengan minda dianggap sebagai rasional dan wanita dianggap hanya mampu menjalankan peranan gender yang berkaitan dengan badan (contoh: melahirkan anak), dianggap tidak rasional atau emosional. Berdasarkan pembezaan inilah wanita dan lelaki dilayan berbeza dalam masyarakat. Sebagai contoh, wanita dianggap lebih layak melakukan kerja-kerja yang melibatkan keterampilan seperti memasak, menjahit dan lain sebagainya disebabkan fizikal mereka dianggap lemah. Manakala lelaki yang dianggap secara semulajadi adalah rasional, berhak melakukan kerja-kerja yang melibatkan kemahiran seperti kejuruteraan, teknologi, dan lain sebagainya kerana fizikal mereka dianggap lebih kuat dan mereka menggunakan minda. Pandangan ini memberi makna bahawa perbezaan lelaki dan wanita berdasarkan gender yang dikonstruksi secara sosial berasal daripada sifat-sifat biologikal yang berbeza antara lelaki dan wanita.

Now, you now what gender means. Gender is not perceived by looking at biological factors only. Gender is indeed constructed socially. It is based on how society interprets differences between male and female. The differences can be biological, physical, psychological, and behavioural differences. Now you know a bit about  meaning of gender. Later on I'll give you more articles. Thank you for reading. And I am sorry if I give it in Bahasa Malaysia. 

0 comments:

Post a Comment