What is rape? is definition of rape the same in country to country? Big NO. The term of 'rape' is not static as it has different definition, depending which country and which group of people who define it. For example, in Malaysia, rape is defined as penetration of penile into vagina. So, if it happens otherwise, it is not counted as rape. In some other countries such as Indonesia, definition of rape is widely cover to any cases of rape. That's why marital rape is also involved in rape cases.
When cases of rape reported by media, there will always be some myths about rape. What are the myths? Here I give you in Bahasa Malaysia. Sorry for this inconvenience, readers. Yet, you ought to enjoy reading it if you understand the language.
Terdapat beberapa mitos berkaitan dengan rogol seperti berikut:
1. Rogol bukan jenayah serius kecuali jika wanita itu ada kecederaan fizikal.
Pada kenyataanya, pengalaman dirogol lebih berakibat kepada masalah psikologikal seperti taruma. Kebanyakan mangsa rogol mungkin hanya menerima luka-luka kecil tetapi kesan yang tidak tampak daripada perogolan adalah kesan psikologikal dan mental seperti rasa takut, tertekan dan lain-lain. Kajian di Amerika mendapati 70% daripada mangsa rogol tidak mengalami kecederaan fizikal langsung.
2. Mitos rogol hanya terjadi ke atas wanita berpakaian seksi dan berkelakuan tidak senonoh sahaja.
Fakta di dada akhbar justeru menunjukkan , tidak hanya wanita dengan pakaian minimal sahaja yang dirogol. Wanita berbaju tertutup, nenek-nenek tua, anak di bawah umur, wanita menderita sakit mental, kanak-kanak lelaki juga boleh menjadi mangsa rogol/sodomi.
Statistik polis juga menunjukkan bahawa kes rogol di Malaysia dari tahun 1991sampai sekarang, sering berlaku ke atas perempuan muda berbanding perempuan tua. Ini sekali gus menunjukkan bahawa rogol terjadi ke atas mangsa yang lemah dan tidak boleh melawan dan bukan disebabkan perlakuan atau penampilan luaran mangsa.
3. Mitos mengatakan perogol merupakan lelaki yang sakit secara mental. Ramai orang beranggapan bahawa lelaki “normal” tidak akan merogol. Perogol sering dikaitkan dengan lelaki kaki seks, penjenayah berat yang melibatkan kekerasan, dan lelaki yang dianggap sakit mental lainnya. Kes rogol yang dilaporkan, ternyata lebih banyak dilakukan oleh lelaki yang cukup normal seperti jiran, pasangan dating, saudara-mara lelaki dan lain sebagainya.
Walaupun dalam sesetengah kes rogol yang berlaku di Malaysia, perogol mengaku menderita sakit mental. Namun statistik menunjukkan perogol lebih banyak dilakukan oleh lelaki “normal”. Walau ada sesetengah kes rogol yang dilakukan oleh pesakit mental, ianya tidak biasa berlaku. Hal itu berlaku kerana pendedahan berlebihan di media tentang pornografi dan video luncah yang mengganggu mental lelaki dan menyebabkan mereka tertarik untuk merogol.
4. Lelaki tidak boleh kawal nafsu seks, sebab itu mereka merogol.
Lelaki sering dipengaruhi oleh nafsu seksual yang tinggi sehingga sanggup mengetepikan pemikiran rasionalnya. Malah kebanyakan mereka mempunyai nafsu meletup-letup ketika melihat wanita “seksi”. Sebab itulah masyarakat sering menyalahkan wanita yang dirogol kerana telah mengundang nafsu lelai untuk merogolnya. Tapi kenyatannya, jika rogol berlaku kerana lelaki tidak dapat mengawal nafsunya, pasti perogolan tersebut terjadi secara spontan. Namun kenyataannya, kes rogol sering terjadi melalui perancangan sebelum merogol seperti membawa mangsa ke tempat tertentu atau membubuhi ubat tertentu dalam makan-minum calon mangsa sebelum merogolnya.
5. Mitos bahawa rogol dilakukan oleh orang yang tidak dikenali.
Pada kenyataannya rogol malah sering dilakukan oleh orang yang dikenali. Statistik dari tahun 1991 sampai 1996 di Malaysia menunjukkan rogol lebih kerap dilakukan oleh orang yang dikenali seperti pasangan bercinta/ dates (48%), keluarga/saudara-mara (19.6%), dan jiran (15.9%) berbanding oleh orang yang tidak dikenali (16.5%).
6. Mitos bahawa ia berlaku di tempat yang gelap dan sunyi.
Rogol, pada kenyataannya, terjadi dalam bangunan seperti dalam pejabat dan rumah yang dilakukan oleh orang dikenal.
Enjoy reading, Readers? Now you know the facts behind rape cases. So, I hope in future you will think wisely before you come up with some comments regarding rape cases, especially when it comes to blame (always) the victims.
0 comments:
Post a Comment