take it or explode it

Wednesday, January 11, 2012

Ritual kelelakian

11:21 PM Posted by Lily Rofil , 2 comments

Gender students, here I bring you an article from Gillbert H. Herdt about Ritual of Manhood: Male Initiation in Papua New Guinea. Even though it is written in Bahasa Malaysia, I hope those who are speaking in Bahasa Malaysia, can take benefit of this my posting. But, erm, do not copy-paste for you assignments.


Di Papua New Guinea, terdapat sebuah kawasan pegunungan bernama Sambia yang dihuni seramai lebih kurang 2,000 orang. Aktiviti utama lelaki di kawasan tersebut ialah berburu haiwan yang mengandungi banyak protein.

Sambia merupakan kawasan kecil yang terdiri daripada desa-desa kecil (hamlet) yang dihuni oleh sekumpulan orang yang berasal dari puak/suku (clan) yang sama. Setiap desa biasanya terdiri daripada dua clubhouse untuk lelaki. Sistem keluarga Sambia adalah patrivirilokal, di mana kebanyakan lelaki tinggal di desa ayahnya, dan perkahwinannya bersifat exogamous, iaitu perkahwinan antara orang dalam puak dengan pasangannya dari puak lain melalui pertukaran wanita atau penjodohan bayi/kanak-kanak antara puak satu dengan puak lainnya. Sesama desa juga akan berperang atau berpakat dalam hal pergaduhan, perkahwinan, dan ritual.

Jenis keluarga masyarakat Sambia ialah keluarga nuclear, yang terdiri daripada seorang ayah, seorang ibu, dan kanak-kanak. Pada masa kanak-kanak, lelaki dan perempuan tinggal bersama di rumah ibu bapa. Perempuan akan tetap tinggal bersama ibu bapa sampai umur 15-17 tahun, sebelum berkahwin, manakala kanak-kanak lelaki akan tinggal dalam clubhouse untuk menjalani enam tahapan “penglelakian” (manhood) bermula umur tujuh tahun.

Antara enam tahapan tersebut ialah moku, imbutu, ipmangwi, nuposha, taiketnyi, dan moondangu. Moku merupakan tahap pertama yang harus dilalui lelaki dari umur 7 hingga 10 tahun, manakala imbutu dari 10 hingga 13 tahun, dan ipmangwi dari umur 13 hingga 16 tahun. Setelah umur 16 tahun, lelaki akan melalui tahap keempat yang disebut nuposha, iaitu pengenalan lelaki yang dianggap sudah dewasa kepada publik untuk mencari calon isteri dan berkahwin.
Tahap selanjutnya ialah taiketnyi, iaitu lelaki telah berkahwin diperkenalkan dengan pembersihan (purification) dan teknik-teknik seksual secara rahsia. Yang terakhir adalah moondangu, iaitu tahap yang dilakukan semasa kelahiran anak pertama. Tahap satu hingga tiga merupakan tahap kebujangan (bachelorhood) yang bertujuan untuk mengajarkan tarian tradisional dan pembiasaan diri dengan ritual rumah pemujaan (cult house). Tahap empat hingga enam merupakan tahap lelaki dewasa (manhood).

Ketika kelahiran anak pertama, lelaki biasanya akan meraikannya dengan ritual besar sebagai bahagian daripada tahap pendewasaannya. Untuk kelahiran anak kedua hingga keempat hanya diraikan dengan cara sederhana. Setelah kelahiran anak keempat, penyambutan kelahiran anak tidak lagi diadakan sebab lelaki sudah merasa cukup membuktikan kemampuan fungsi reproduksinya.

Menurut kepercayaan lelaki Sambia, wanita merupakan makhluk berbahaya dan kotor. Darah menstruasi wanita dipercaya dapat mengotori “semen” dan energi vital kelelakian. Kanak-kanak lelaki sejak lahir dibesarkan dan dirawat oleh wanita, iaitu ibunya. Sebab itu, lelaki telah tercemar oleh darah menstruasi wanita. Jika tidak dibersihkan, “ketercemaran” tersebut berakibat tidak baik untuk perkembangan kelelakian, malah dapat membawa kematian pada lelaki tersebut. Oleh sebab itu, lelaki harus dibersihkan melalui ritual-ritual penglelakian. Selain untuk membersihkan lelaki daripada “ketercemaran” wanita, ritual tersebut juga berfungsi untuk pengumpulan “semen” (air mani).

Air mani merupakan isi penting organ reproduksi lelaki. Menurut kepercayaan lelaki Sambia, organ tersebut tidak berisi air mani pada waktu lelaki masih kanak-kanak. Pengumpulan semen dilakukan bertahun-tahun melalui enam tahap upacara adat kelelakian seperti yang disebut di atas. Pengumpulan air mani ini juga dianggap sebagai proses pembentukan kelelakian/maskuliniti.

Berbeza dengan lelaki, wanita memiliki organ yang dapat menghasilkan darah menstruasi ketika wanita mencapai masa matang (puberty), yang berlaku secara semulajadi. Oleh sebab itu budaya Sambia mempersepsikan sifat kewanitaan terbentuk secara semulajadi, manakala kematangan lelaki tidak terbentuk secara biologikal, melainkan secara kultural melalui ritual-ritual pemujaan. Dengan kata lain, feminiti berkembang secara semulajadi manakala maskuliniti harus dicapai melalui ritual pemujaan atau dibentuk oleh budaya.

Pada kenyataannya, rangkaian upacara pencetusan tersebut hanya memberi manfaat kepada perkembangan lelaki tetapi menyebabkan ketidakseimbangan gender antara lelaki dan wanita semakin ketara. Lelaki merasa dirinya superior di atas wanita dari segi fizikal, personaliti, dan status sosial.

*gambar dari Google

2 comments:

  1. hermmmm,
    "Air mani merupakan isi penting organ reproduksi lelaki. Menurut kepercayaan lelaki Sambia, organ tersebut tidak berisi air mani pada waktu lelaki masih kanak-kanak."
    ribet bener :D

    ReplyDelete
  2. Hei, thanks for the comment :))

    ReplyDelete