This is my article about why gender should be studied. Here the Malay Language writing again.
Leed (1991) mengatakan bahawa pergerakan wanita di Barat pada tahun 1960an dan 1970an, membawa impak kepada pembentukan kursus pengajian wanita di tahap pengajian tinggi. Pembentukan pengajian wanita kemudiannya disifatkan sebagai tindakan politikal melawan pengetahuan sedia ada yang dibentuk oleh lelaki (phallocentric knowledge-making).
Oleh sebab itu, pada tahun 1980an dan 1990an terbentuk pengajian gender sebagai jawapan kepada kepentingan gender sebagai variable (inkuba) dalam teori/ilmu secara amnya.
Kepentingan gender tidak terletak pada relevansinya terhadap perbincangan isu-isu semasa sahaja, tetapi juga boleh digunakan sebagai satu unit analisis. Gender sebagai satu unit analisis mengandungi definasi mengambil kira pengalaman wanita atau kedua-dua jantina dalam proses memahami fenomena sosial. Ianya membawa implikasi sosial yang positif kepada masyarakat dan ilmu sains sosial.
Para feminis golongan awal telah menunjukkan penggunaan gender sebagai satu unit analisis tidak hanya untuk membuat analisis sosial dan budaya secara terperinci sahaja tetapi juga mampu membangkitkan banyak persoalan baru dan mencabar pengetahuan yang sedia ada dan telah diterima umum (Morgan, 1970; Kanter dan Milman, 1975). Masalah-masalah provokatif dalam sains sosial yang belum terselesaikan jika dibangkitkan semula dengan menyertakan keprihatinan mengenai kehidupan dan pengalaman wanita, dapat menghasilkan pindaan undang-undang yang mempengaruhi wanita, membuka kesedaran kerajaan mengenai kepentingan faktor gender dalam pembangunan, dan meningkatkan usaha pergerakan untuk menyedarkan masyarakat terhadap isu-isu gender.
Di samping itu, penentangan terhadap satu penindasan berpotensi terhadap penghapusan penindasan-penindasan yang lain. Adanya pergerakan penghapusan diskriminasi wanita boleh mencetuskan pergerakan penghapusan diskriminasi berdasar kelas, etnik, dan ras. Pergerakan menuntut hak keadilan sosial untuk wanita dapat dilihat sebagai pergerakan menuntut hak sivik. Ianya kerana hasil daripada pergerakan menuntut keadilan sosial bukan sekadar untuk wanita sahaja melainkan boleh membawa perubahan yang lebih besar untuk semua lapisan masyarakat termasuk lelaki. Di sini dapat kita lihat betapa pentingnya pengalaman dan pergerakan wanita dalam pengubahan susunan masyarakat sosial (social order).
Satu lagi implikasi sosial daripada penggunaan gender sebagai unit analisis ialah fokus yang sama terhadap pengajian ke atas maskuliniti seperti pengajian ke atas femininiti. Ianya didasari oleh kemunculan “kumpulan lelaki” yang menuntut ketertarikan dan persoalan mengenai maskuliniti. Ianya juga menjadikan maskuliniti sebagai topik diskusi yang wajar dan mendorong penulisan tentang maskuliniti. Hal ini boleh menghapuskan stereotaip di masayarakat bahawa pengajian gender hanya fokus kepada pengajian wanita sahaja. Walau bagaimanapun, kepentingan pengajian ke atas wanita/femininiti tetap tidak dipinggirkan
Sebagai kesimpulan, gender sebagai unit analisis boleh membawa implikasi sosial yang positif. Sifatnya yang neutral, gender dipertimbangkan sebagai opsyen selamat secara politikal berbanding jika hanya mengambilkira pengalaman lelaki atau pengalaman wanita sahaja. Golongan feminis berpendapat penggunaan ‘gender’ sebagai kategori analisis yang utama membolehkan kedua-dua jantina, lelaki dan wanita, dilihat mengalami penindasan yang sama yang seterusnya membuka kesedaran sarjana untuk mengkaji masalah wanita dan lelaki lebih mendalam. Selain itu ketidakseimbangan kuasa antara lelaki dan wanita akan berkurang sehingga kawalan politik yang wujud di antara hubungan lelaki dan wanita dapat dihapuskan.
So, what's on your mind? do you agree with me that man-based knowledge should be rethink? Don't you think life with gender equality is wonderful? I hope i hear a hundred YES.
*Pic from Google
*Pic from Google
0 comments:
Post a Comment