Seksisme atau sexism sering dijumpai dalam kebanyakan kajian. Seksisme itu sendiri merujuk kepada kepercayaan dan tingkah laku yang mengistimewakan lelaki daripada wanita (http://www.glbtq.com/social-sciences/sexism.html). Seksisme ini dimaksudkan sebagai mekanisme yang memastikan wanita tetap pada peranan subordinasi di mana nilai yang mengidentifikasikan wanita cenderung dikritik. Secara amnya, seksisme diertikan sebagai diskriminasi berdasarkan jantina tertentu.
Sebelum kita membincangkan bagaimana mengelak daripada seksisme dalam penyelidikan, terlebih dahulu kita harus mengenal pasti tujuh permasalahan seksisme dalam penyelidikan. Ketujuh permasalahan tersebut ialah penumpuhan kepada lelaki (androcentricity), generalisasi/pengkhususan berlebihan (overgeneralization/overspecificity), ketidakpekaan gender (gender insensitivity), piawaian berganda (double standards), kesesuaian jantina (sex appropriateness), familisme/kekeluargaan (familism) dan dikotomi jantina (sexual dichotomism).
Penumpuhan kepada lelaki bermaksud melihat dunia hanya daripada perspektif lelaki (Eichler, 1991). Ertinya, segala fenomena dalam dunia sains dan sains sosial hanya dinilai berdasarkan pandangan lelaki sahaja. Ini merupakan sesuatu yang tidak tepat untuk diaplikasikan dalam penyelidikan atau kajian. Penyelidikan yang baik ialah penyelidikan yang tidak bias atau tidak berat sebelah. Oleh sebab itu pengalaman wanita juga perlu diambil kira sama seperti ketika Seksisme atau sexism sering
dijumpai dalam kebanyakan kajian. Seksisme itu sendiri merujuk kepada
kepercayaan dan tingkah laku yang mengistimewakan lelaki daripada wanita (http://www.glbtq.com/social-sciences/sexism.html). Seksisme ini dimaksudkan sebagai
mekanisme yang memastikan wanita tetap pada peranan subordinasi di mana nilai
yang mengidentifikasikan wanita cenderung dikritik. Secara amnya, seksisme
diertikan sebagai diskriminasi berdasarkan jantina tertentu.
Sebelum kita membincangkan bagaimana
mengelak daripada seksisme dalam penyelidikan, terlebih dahulu kita harus
mengenal pasti tujuh permasalahan seksisme dalam penyelidikan. Ketujuh
permasalahan tersebut ialah penumpuhan kepada lelaki (androcentricity),
generalisasi/pengkhususan berlebihan (overgeneralization/overspecificity),
ketidakpekaan gender (gender insensitivity), piawaian berganda (double
standards), kesesuaian jantina (sex appropriateness),
familisme/kekeluargaan (familism) dan dikotomi jantina (sexual
dichotomism).
Penumpuhan kepada lelaki bermaksud melihat
dunia hanya daripada perspektif lelaki (Eichler, 1991). Ertinya, segala
fenomena dalam dunia sains dan sains sosial hanya dinilai berdasarkan pandangan
lelaki sahaja. Ini merupakan sesuatu yang tidak tepat untuk diaplikasikan dalam
penyelidikan atau kajian. Penyelidikan yang baik ialah penyelidikan yang tidak
bias atau tidak berat sebelah. Oleh sebab itu pengalaman wanita juga perlu
diambil kira sama seperti ketika mengambil kira pengalaman lelaki.
Masalah kedua iaitu generalisasi atau
pengkhususan yang berlebihan. Maksud daripada generalisasi berlebihan ialah
jika suatu kajian fokus kepada satu jantina sahaja tetapi dijelaskan untuk
menerangkan kedua-dua jantina. Contohnya, kajian terhadap tugas penjagaan anak
di mana kebanyakan kes penjagaan anak dilakukan oleh ibu tetapi pengkaji
sentiasa menggeneralisasikannya sebagai tugas ibu-bapa, sedangkan pada
kenyataannya kehadiran bapa dalam tugas penjagaan anak adalah kurang.
Pengkhususan berlebihan pula bermaksud penggunaan terma satu jantina sahaja
untuk mewakili kedua-dua jantina. Contoh kes overspecificity sering
dijumpai dalam penggunaan bahasa seksis seperti penggunaan kata “man” (lelaki)
untuk mewakili terma “orang/person” yang sebenarnya merujuk kepada lelaki dan
wanita.
Selanjutnya, masalah ketidakpekaan gender,
iaitu pengabaian gender sebagai satu unit analisis kajian. Masalah
ketidakpekaan gender saling bertindih dengan masalah generalisasi atau
pengkhususan berlebihan. Jika generalisasi dan pengkhususan berlebihan sangat
fokus pada perbezaan jantina/gender walaupun penggunaannya salah, masalah
ketidakpekaan gender langsung tidak mengambil kira perbezaan gender. Masalah
ini dapat dijumpai dalam kes pembentukan polisi-polisi yang tidak mengambil kira
perbezaan pengalaman lelaki dan perempuan yang mungkin membawa kesan yang
berbeza pula pada kedua-dua jantina tersebut.
Masalah keempat iaitu piawaian berganda
yang membawa maksud menentukan hasil kajian atau membuat kesimpulan berdasarkan
dua piawaian: piawaian lelaki dan piawaian wanita. Seperti yang kita ketahui
lelaki dan wanita memiliki ciri-ciri fizikal dan psikologikal berbeza. Dalam
kajian yang mengandungi piawaian berganda biasanya menggunakan ciri-ciri
tersebut untuk membezakan lelaki dan wanita. Namun hasil akhirnya atau pada
kesimpulannya sering kali hanya memihak pada satu piawaian sahaja, iaitu
berdasarkan ciri-ciri yang dimiliki lelaki. Contohnya, penentuan perbezaan
status lelaki dan wanita di mana status lelaki ditentukan oleh pencapaiannya
dalam masyarakat manakala status wanita ditentukan secara semula jadi mengikut
proses kedewasaan yang diwarisi daripada ibunya. Kemudian sebagai kesimpulan
status lelaki dianggap lebih tinggi kerana “pencapaian” dianggap lebih bernilai
berbanding “mewarisi”.
Masalah selanjutnya iaitu kesesuain
jantina yang merupakan contoh spesifik daripada piawaian berganda. Kesesuaian
jantina bermaksud pembentukan ciri-ciri sosial yang berbeza antara lelaki dan
wanita. Sebagai contoh, pembahagian peranan jantina antara lelaki dan wanita di
mana lelaki dianggap sesuai dengan kerja di ruang publik sedangkan wanita
dianggap sesuai dengan kerja domestik.
Masalah keenam iaitu kekeluargaan di mana
keluarga di anggap sebagai unit analisis terkecil. Pada kenyataanya, keluarga
terdiri daripada ahli dengan jantina berlainan sehingga pengalaman setiap ahli
keluarga juga berbeza. Namun dalam kajian yang seksis seringkali menganggap
kepala keluarga, iaitu bapa (lelaki) dapat mewakili pengalaman dan kepentingan
seluruh ahli keluarga.
Terakhir, iaitu masalah dikotomi jantina
yang merupakan pengkhususan daripada piawaian berganda. Dikotomi jantina ialah
pembezaan ciri-ciri sosial dan biological antara lelaki dan wanita dan
mengabaikan ciri-ciri bertindih yang ada pada kedua-dua jantina. Sebagai
contoh, lelaki dianggap rasional sedangkan wanita emosional. Pada kenyataanya,
lelaki juga mempunyai ciri emosional dan wanita juga mampu mendahulukan
rasionalitinya.
Setelah mengetahui permasalahan seksisme
seperti yang disebutkan di atas, dapat dirumuskan panduan bagaimana mengelakkan
diri daripada seksisme dalam penyelidikan. Yang pertama, penyelidik memerlukan
pengetahuan yang luas. Pengetahuan yang luas dapat membantu penyelidik memahami
secara mendalam bidang kajian sehingga kritikan dan pendapat penyelidik tidak
terhad kepada fakta-fakta objektif yang memihak lelaki sahaja. Seperti yang
kita ketahui bahawa ilmu pengetahuan awal dicipta oleh lelaki (phallocentric
knowledge-making) sehingga fakta yang dicipta memihak pada kepentingan
lelaki (Leed, 1991). Penyelidik dapat mengelak daripada
fakta seksis sekiranya dia membaca tulisan feminis dan memerhatikan
penemuan-penemuan baru dalam bidang sains sosial yang lebih peka gender.
Yang kedua ialah mengelak penggunaan
bahasa seksis dalam penulisan laporan hasil penyelidikan. Ini dapat dilakukan
dengan cara mengenal pasti subjek kajian kita sama ada spesifik kepada salah
satu jantina sahaja atau bersifat umum yang melibatkan kedua-dua jantina. Jika
subjek kajian memang difokuskan kepada satu jantina sahaja, maka terma yang
digunakan untuk menjelaskannya harus spesifik kepada satu jantina sahaja.
Sebagai contoh, dalam kajian tentang blogging yang saya lakukan, untuk
menjelaskan amalan penulisan blog yang dilakukan oleh wanita, maka saya harus
menggunakan terma “penulis blog wanita” (female bloggers) daripada
“penulis blog” (bloggers). Sebaliknya, jika kajian dilakukan kepada
subjek yang lebih umum, maka terma yang digunakan juga harus terma-terma umum
dan bukan terma khusus pada satu jantina sahaja. Sebagai contoh penggunaan
“she/he”, “s/he”, “they”, dan “one”, daripada penggunaan “he” untuk menerangkan
“someone/person/people”, penggunaan “chairpersons” daripada “chairmen”,
penggunaan “police officers” daripada “policemen”, dan lain sebagainya.
Selain penggunaan terma tepat bagi
mewakili terma umum atau terma khusus, perlu dielakkan juga penggunaan
terma non-parallel untuk menjelaskan situasi parallel atau
sejajar. Sebagai contoh, “a man and his wife” menunjukkan bahawa
wanita lebih dirujuk pada statusnya yang berkaitan dengan suaminya (lelaki)
padahal dia boleh menggunakan statusnya sendiri. Untuk itu terma yang tepat
ialah “a man and a woman”, “a couple”, atau “a husband and a
wife”.
Suatu penyelidikan juga perlu seimbang di mana konsep dan rujukan
yang digunakan harus mengambil kira pengalaman daripada perspektif lelaki dan
wanita. Jika hanya mengambil pengalaman lelaki atau wanita sahaja maka tajuk
atau skop kajian perlu dispesifikkan kepada salah satu jantina sahaja. Sebagai
contoh, penyelidikan dilakukan ke atas amalan pertontonan filem dewasa di
kalangan pelajar sekolah lelaki di Lembah Klang, sepatutnya diberi tajuk
“Amalan pertontonan filem dewasa di kalangan pelajar lelaki di Lembah Klang”
dan bukan “Amalan pertontonan filem dewasa di kalangan pelajar sekolah di
Lembah Klang”. Ini demikian kerana yang dijadikan subjek adalah lelaki sehingga
pengalaman yang diambil kira juga pengalaman lelaki sahaja dan tidak dapat
mewakili pengalaman perempuan.
Selanjutnya, untuk mengelakkan penggunaan piawaian berganda,
penyelidik perlu mengenal pasti konsep kajian sama ada digunakan untuk mewakili
dua jantina tetapi diperlakukan secara berbeza berdasarkan perbezaan jantina
atau tidak. Jika konsep kajian sedemikian, penyelidik perlu membuat konsep baru
yang mengakategorikan lelaki dan wanita sama jika mereka menunjukkan kualiti
atau karakter sama. Contohnya, kesimpulan bahawa lelaki dan wanita berstatus tinggi dalam
masyarakat jika mampu menyeimbangkan kepentingan antara ruang domestik dan
publik, dan bukan hanya ditentukan daripada pencapaian di ruang publik sahaja.
Untuk mengelakkan daripada penggunaan kesesuaian jantina pula,
suatu penyelidikan harus memberikan deskripsi mengenai peranan atau identiti
gender tertentu berdasarkan kajian empirik dan bukan berdasarkan asumsi
stereotaip semata-mata. Ertinya, jika penyelidik ingin menjelaskan perbezaan
peranan jantina, dia perlu mengkaji fenomena sosial berkaitan dengan topik
tersebut sesuai dengan keadaan sebenar berdasarkan tahun atau zaman ketika
penyelidikan dilakukan. Penyelidik tidak boleh menggunakan pengetahuan yang stereotaip mengenai
hal tersebut.
Selanjutnya, untuk mengelak daripada
penggunaan konsep familisme, penyelidik perlu mengenal pasti tingkah laku, ciri
dan kebendaan yang dimiliki masing-masing individu. Ini kerana setiap individu
adalah unik atau tidak sama sehingga kepentingan dan pengalamannya tidak boleh
diwakilkan oleh individu lain.
Bagi mengelak konsep dikotomi jantina pula,
penyelidik perlu mengenal pasti karakter dan kapasiti manusia secara umum
daripada menggolong-golongkan ciri-ciri berdasarkan jantina. Ini kerana manusia
memiliki ciri tertentu yang sama terlepas daripada perbezaan jantina yang ada
pada mereka.
Kesimpulannya, seksisme sering wujud dalam
penyelidikan. Seksisme dapat berupa androcentriciti, genelarisasi atau
spesifikasi berbelihan, ketidakpekaan gender, kesesuaian gender, familisme dan
dikotomi jantina. Untuk mengelak daripada seksisme, penyelidik perlu memiliki
pengetahuan luas sehingga mampu mengenal pasti subjek kajian sama ada khusus
kepada satu jantina sahaja atau melibatkan kedua-dua jantina. Penyelidik juga
perlu mengelak penggunaan bahasa seksis. Terakhir, penyelidik perlu mengenal
pasti ciri-ciri khusus masing-masing jantina dan ciri-ciri manusia secara umum
sehingga penyelidik mampu membezakan pengalaman dan perspektif berlainan antara
lelaki dan wanita.
mengambil kira pengalaman lelaki.
Masalah kedua iaitu generalisasi atau pengkhususan yang berlebihan. Maksud daripada generalisasi berlebihan ialah jika suatu kajian fokus kepada satu jantina sahaja tetapi dijelaskan untuk menerangkan kedua-dua jantina. Contohnya, kajian terhadap tugas penjagaan anak di mana kebanyakan kes penjagaan anak dilakukan oleh ibu tetapi pengkaji sentiasa menggeneralisasikannya sebagai tugas ibu-bapa, sedangkan pada kenyataannya kehadiran bapa dalam tugas penjagaan anak adalah kurang. Pengkhususan berlebihan pula bermaksud penggunaan terma satu jantina sahaja untuk mewakili kedua-dua jantina. Contoh kes overspecificity sering dijumpai dalam penggunaan bahasa seksis seperti penggunaan kata “man” (lelaki) untuk mewakili terma “orang/person” yang sebenarnya merujuk kepada lelaki dan wanita.
Selanjutnya, masalah ketidakpekaan gender, iaitu pengabaian gender sebagai satu unit analisis kajian. Masalah ketidakpekaan gender saling bertindih dengan masalah generalisasi atau pengkhususan berlebihan. Jika generalisasi dan pengkhususan berlebihan sangat fokus pada perbezaan jantina/gender walaupun penggunaannya salah, masalah ketidakpekaan gender langsung tidak mengambil kira perbezaan gender. Masalah ini dapat dijumpai dalam kes pembentukan polisi-polisi yang tidak mengambil kira perbezaan pengalaman lelaki dan perempuan yang mungkin membawa kesan yang berbeza pula pada kedua-dua jantina tersebut.
Masalah keempat iaitu piawaian berganda yang membawa maksud menentukan hasil kajian atau membuat kesimpulan berdasarkan dua piawaian: piawaian lelaki dan piawaian wanita. Seperti yang kita ketahui lelaki dan wanita memiliki ciri-ciri fizikal dan psikologikal berbeza. Dalam kajian yang mengandungi piawaian berganda biasanya menggunakan ciri-ciri tersebut untuk membezakan lelaki dan wanita. Namun hasil akhirnya atau pada kesimpulannya sering kali hanya memihak pada satu piawaian sahaja, iaitu berdasarkan ciri-ciri yang dimiliki lelaki. Contohnya, penentuan perbezaan status lelaki dan wanita di mana status lelaki ditentukan oleh pencapaiannya dalam masyarakat manakala status wanita ditentukan secara semula jadi mengikut proses kedewasaan yang diwarisi daripada ibunya. Kemudian sebagai kesimpulan status lelaki dianggap lebih tinggi kerana “pencapaian” dianggap lebih bernilai berbanding “mewarisi”.
Masalah selanjutnya iaitu kesesuain jantina yang merupakan contoh spesifik daripada piawaian berganda. Kesesuaian jantina bermaksud pembentukan ciri-ciri sosial yang berbeza antara lelaki dan wanita. Sebagai contoh, pembahagian peranan jantina antara lelaki dan wanita di mana lelaki dianggap sesuai dengan kerja di ruang publik sedangkan wanita dianggap sesuai dengan kerja domestik.
Masalah keenam iaitu kekeluargaan di mana keluarga di anggap sebagai unit analisis terkecil. Pada kenyataanya, keluarga terdiri daripada ahli dengan jantina berlainan sehingga pengalaman setiap ahli keluarga juga berbeza. Namun dalam kajian yang seksis seringkali menganggap kepala keluarga, iaitu bapa (lelaki) dapat mewakili pengalaman dan kepentingan seluruh ahli keluarga.
Terakhir, iaitu masalah dikotomi jantina yang merupakan pengkhususan daripada piawaian berganda. Dikotomi jantina ialah pembezaan ciri-ciri sosial dan biological antara lelaki dan wanita dan mengabaikan ciri-ciri bertindih yang ada pada kedua-dua jantina. Sebagai contoh, lelaki dianggap rasional sedangkan wanita emosional. Pada kenyataanya, lelaki juga mempunyai ciri emosional dan wanita juga mampu mendahulukan rasionalitinya.
Setelah mengetahui permasalahan seksisme seperti yang disebutkan di atas, dapat dirumuskan panduan bagaimana mengelakkan diri daripada seksisme dalam penyelidikan. Yang pertama, penyelidik memerlukan pengetahuan yang luas. Pengetahuan yang luas dapat membantu penyelidik memahami secara mendalam bidang kajian sehingga kritikan dan pendapat penyelidik tidak terhad kepada fakta-fakta objektif yang memihak lelaki sahaja. Seperti yang kita ketahui bahawa ilmu pengetahuan awal dicipta oleh lelaki (phallocentric knowledge-making) sehingga fakta yang dicipta memihak pada kepentingan lelaki (Leed, 1991). Penyelidik dapat mengelak daripada fakta seksis sekiranya dia membaca tulisan feminis dan memerhatikan penemuan-penemuan baru dalam bidang sains sosial yang lebih peka gender.
Yang kedua ialah mengelak penggunaan bahasa seksis dalam penulisan laporan hasil penyelidikan. Ini dapat dilakukan dengan cara mengenal pasti subjek kajian kita sama ada spesifik kepada salah satu jantina sahaja atau bersifat umum yang melibatkan kedua-dua jantina. Jika subjek kajian memang difokuskan kepada satu jantina sahaja, maka terma yang digunakan untuk menjelaskannya harus spesifik kepada satu jantina sahaja. Sebagai contoh, dalam kajian tentang blogging yang saya lakukan, untuk menjelaskan amalan penulisan blog yang dilakukan oleh wanita, maka saya harus menggunakan terma “penulis blog wanita” (female bloggers) daripada “penulis blog” (bloggers). Sebaliknya, jika kajian dilakukan kepada subjek yang lebih umum, maka terma yang digunakan juga harus terma-terma umum dan bukan terma khusus pada satu jantina sahaja. Sebagai contoh penggunaan “she/he”, “s/he”, “they”, dan “one”, daripada penggunaan “he” untuk menerangkan “someone/person/people”, penggunaan “chairpersons” daripada “chairmen”, penggunaan “police officers” daripada “policemen”, dan lain sebagainya.
Selain penggunaan terma tepat bagi mewakili terma umum atau terma khusus, perlu dielakkan juga penggunaan terma non-parallel untuk menjelaskan situasi parallel atau sejajar. Sebagai contoh, “a man and his wife” menunjukkan bahawa wanita lebih dirujuk pada statusnya yang berkaitan dengan suaminya (lelaki) padahal dia boleh menggunakan statusnya sendiri. Untuk itu terma yang tepat ialah “a man and a woman”, “a couple”, atau “a husband and a wife”.
Suatu penyelidikan juga perlu seimbang di mana konsep dan rujukan yang digunakan harus mengambil kira pengalaman daripada perspektif lelaki dan wanita. Jika hanya mengambil pengalaman lelaki atau wanita sahaja maka tajuk atau skop kajian perlu dispesifikkan kepada salah satu jantina sahaja. Sebagai contoh, penyelidikan dilakukan ke atas amalan pertontonan filem dewasa di kalangan pelajar sekolah lelaki di Lembah Klang, sepatutnya diberi tajuk “Amalan pertontonan filem dewasa di kalangan pelajar lelaki di Lembah Klang” dan bukan “Amalan pertontonan filem dewasa di kalangan pelajar sekolah di Lembah Klang”. Ini demikian kerana yang dijadikan subjek adalah lelaki sehingga pengalaman yang diambil kira juga pengalaman lelaki sahaja dan tidak dapat mewakili pengalaman perempuan.
Selanjutnya, untuk mengelakkan penggunaan piawaian berganda, penyelidik perlu mengenal pasti konsep kajian sama ada digunakan untuk mewakili dua jantina tetapi diperlakukan secara berbeza berdasarkan perbezaan jantina atau tidak. Jika konsep kajian sedemikian, penyelidik perlu membuat konsep baru yang mengakategorikan lelaki dan wanita sama jika mereka menunjukkan kualiti atau karakter sama. Contohnya, kesimpulan bahawa lelaki dan wanita berstatus tinggi dalam masyarakat jika mampu menyeimbangkan kepentingan antara ruang domestik dan publik, dan bukan hanya ditentukan daripada pencapaian di ruang publik sahaja.
Untuk mengelakkan daripada penggunaan kesesuaian jantina pula, suatu penyelidikan harus memberikan deskripsi mengenai peranan atau identiti gender tertentu berdasarkan kajian empirik dan bukan berdasarkan asumsi stereotaip semata-mata. Ertinya, jika penyelidik ingin menjelaskan perbezaan peranan jantina, dia perlu mengkaji fenomena sosial berkaitan dengan topik tersebut sesuai dengan keadaan sebenar berdasarkan tahun atau zaman ketika penyelidikan dilakukan. Penyelidik tidak boleh menggunakan pengetahuan yang stereotaip mengenai hal tersebut.
Selanjutnya, untuk mengelak daripada penggunaan konsep familisme, penyelidik perlu mengenal pasti tingkah laku, ciri dan kebendaan yang dimiliki masing-masing individu. Ini kerana setiap individu adalah unik atau tidak sama sehingga kepentingan dan pengalamannya tidak boleh diwakilkan oleh individu lain.
Bagi mengelak konsep dikotomi jantina pula, penyelidik perlu mengenal pasti karakter dan kapasiti manusia secara umum daripada menggolong-golongkan ciri-ciri berdasarkan jantina. Ini kerana manusia memiliki ciri tertentu yang sama terlepas daripada perbezaan jantina yang ada pada mereka.
Kesimpulannya, seksisme sering wujud dalam penyelidikan. Seksisme dapat berupa androcentriciti, genelarisasi atau spesifikasi berbelihan, ketidakpekaan gender, kesesuaian gender, familisme dan dikotomi jantina. Untuk mengelak daripada seksisme, penyelidik perlu memiliki pengetahuan luas sehingga mampu mengenal pasti subjek kajian sama ada khusus kepada satu jantina sahaja atau melibatkan kedua-dua jantina. Penyelidik juga perlu mengelak penggunaan bahasa seksis. Terakhir, penyelidik perlu mengenal pasti ciri-ciri khusus masing-masing jantina dan ciri-ciri manusia secara umum sehingga penyelidik mampu membezakan pengalaman dan perspektif berlainan antara lelaki dan wanita.